Friday, April 24, 2009

Saya dah balik

Ingat pergi Kem Meru akan jumpa pacat, tapi satu pun tak ada.
Betapa gembiranya hati saya. =D

Ingat kena meredah paya semasa aktiviti 'kembara', tapi hanyalah meredah hutan.
Pacat tak ada, tapi nyamuk banyak sangat.
Hutan pun, hutan yang pernah diterokai.
Masudnya, tiada challenge sangatlah.
Dulu kembara semasa kem kepimpinan sekolah di Tapah lagi challenging.

Ingat sesi-sesi yang diaturkan amatlah boring, tapi nampak-nampak taklah begitu boring juga.
Dapat cuba abseiling tau!!
Dari menara yang lebih kurang 40 kaki ketinggiannya.
Tu yang paling best.

Ha, inilah dipanggil abseiling.

Lagi ada larian 2km. Mengikut jalan yang bercerun curam.
Fuh, kami semua feel the love oleh asid laktik yang semakin banyak dalam otot-otot kaki.
Bahang kepanasan dan keletihan merebak ke seluruh badan semasa berlari menentang graviti.

Dapat tengok wayang lagi.
Siapa pernah tengok Hati Malaya?
Haa..
Tengoklah.
Tak pernah dengar pun, ya?
=P

Oh ya,
Makanan boleh tahan juga.
6 jamuan setiap hari.
Sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam, minum malam.
Setiap dua jam, kami makan.
Nasib baik kem bukan berbulan-bulan.
Kalau tak, pasti gemuk.

Lagi tiap-tiap hari bangun pada pukul 5 30 pagi, tidur pada pukul 1 30 pagi.
Dari masa bangun hinggalah masa rehat, semuanya penuh dengan sesi ceramah, latihan dalam kumpulan, riadah dan tentulah makan.
Sebab tak cukup tidur dan makanan yang amat banyak, kami terpaksa belajar menahan mengantuk pada waktu tengah hari.
Training yang amat bagus untuk lecture-lecture di Inti pada waktu selepas makan.

Fasilitator menarik juga.
Ada yang lucu dan ada yang sangat prihatin.
Bukanlah segarang yang disangkakan.
Pertama kali kami semua diberi gelaran 'cencaluk'.
Hahahaha.

Dan kami semua berebut mandi.
Kem Meru ni ada di atas bukit, tekanan airnya kurang baik.
Jadi kalau terlalu banyak orang menggunakan air, air keluar titik demi titik.
Sebab itulah, saya dan beberapa rakan-rakan yang lain membentuk gang 'Mandian Tengah Malam'.
Kami semua belajar menahan daripada menjadi OCD terhadap kebersihan diri.
Kan semua orang tahu, semasa menyertai kem, tak jadilah bersih sangat.

You know who you are, my fellow no-need-to-be-so-clean-lah dorm mates!
Hee.

Ha, begitulah kehidupan saya selama 5 hari, 4 malam tanpa alat-alat elektronik dan Francis kegemaran saya (Francis tu teddy bear lah, bukan Francis Ng rakan kita).
Nampak betapa power-nya BM saya?
Improve banyak-banyak kan?

Hahahahaha.

Anyway,
I'll be back in Penang tomorrow. Until 3rd of May.
=D Everybody mark down the dates!

PENANG FOOOODDDDDDDD.
RAWR!

1 comment:

Jonathan low said...

the last part should be Francis tercinta, instead of kegemaran. hahaha.whahaha. lol. rofl lolrolf,bhowl,ltd.